Friday, March 16, 2012

ushi ushi


mahu menangis
mahu senyum
mahu tertawa sepuasnya
mahu berkata hingga tumbang suria

mahu saja aku kata,
"kau tak perlu pergi, kasih,
biar kita berkepam dalam ruang yang sempit ini
bersama hingga pagi
di dimensi yang tak perlu pasti."

mahu aku rangkul lehermu dan kata,
"aku kan beri berganda kali bahgia
berganda kali puas. kau tak perlu bermimpi lagi."

mahu saja
mahu merayu jangan diletakkan aku di sini
sendiri
walau untuk sekejap hari


tapi aku lebih mahu kau senyum
mahu kau rasa luas dunia
mahu kau pulang ke kamar berpijat kita
dan senyum
"mimpi kau seiring mimpi aku,"

aku ada
di sudut paling dingin
hati kental mu.

No comments:

Post a Comment